Trip to Bandung Part 1 Kawah Putih, Ladang Teh & Strawberi, Situ Patenggang, Pasar Baru, Paris van Java, Kartika Sari

8:49 PM

Jom layan gambar yang sempat ambil dengan menggunakan DSLR. 

1) Kawah Putih - Kawasan gunung berapi tidak aktif. Sejuk betul atas ni. Memang kena pakai sweater.
           
The six single ladies and a mom. Masa ni abah Amalina & siblings tak ikut. Nak berjalan jalan area hotel dan solat jumaat dekat situ katanya.

Happy je semua dalam gambar ni kan. Seriously trip ni memang awesome. Focus kitorang cuma shopping barang kahwin kak Qila dengan berjalan hayati keindahan Bandung. 
   
Biru kan air belakang tu. Entah la air ke apa. Tak berani den nak sentuh. Hehe.

Dengan kak Ika. Kitorang berdua je orang luar yang join family Amalina. Beli sweater Cotton On sesama malam sebelumnya. Color sama, brand sama, yang beza cuma saiz je. So sweet kannnn. Kak Ika ni kerja baking2, pandai buat kek, kuih segala. Comel pula tu. Seronok dapat kenal kak Ika thru trip kali ni.

Bergambar bersama Pak Ayie. Beliau sangat baik, tabah melayan shopping, bawak ke situ sana sini. Tolong ambil gambar, selalu awal je kalau tunggu bawah hotel tu. Kitorang yang asyik lambat. Biasa lah, semua pun anak dara kan. Hihihi.

      
Amboih. Dekat tangga pun nak bergambo. Berlatarbelakangkan Kawah Putih.


Nak balik dah. Sejuk wehhh. Jom balikkkkkk.

Tengok betapa sejuknya sampai Along tutup kepala sekali. 

Tetiba rasa shot ni cantik. Cantik kerr?

Gambar kenangan. We love Bandung! Jyeahh <3


2) Ladang teh dan strawberi

On our way turun dari Kawah Putih tu, kitorang tengok banyak giler ladang strawberi. Boleh dikatakan sepanjang jalan tu lah. Tempat ni pun dalam planning juga, so kitorang singgah. Tak lama pun sini, dalam sejam dua. Pepagi jadi pekebun, petik buah strawberi. Hehehe.

Dalam banyak banyak ladang yang kitorang lalu, yang ni juga dipilih. Sebab ada strawberi besor untuk bergambar. So we stop here. Ada sesetengah ladang tak open untuk petik, sebab buah dah banyak habis katanya.


Ladang teh. Tengok dari jauh saja.


Besar besar ni lah saiz strawberi dia. Yang best tu sebab dapat petik sendiri. What a unique experience jugak lah. Sebab yang dekat Cameron tak pernah pergi.


Strawberi yang kitorang petik. Murah je tau. Sekilo dalam 15 ringgit ke berapa entah. Lupa dah convert. Sekilo tuuuu.

3) Situ Patenggang - Kitorang singgah tengok tasik ni sekejap lepas ke ladang strawberi. Lepas tu solat dekat surau situ. Boleh google untuk tengok rupa Situ Patenggang ni. 

Aku ada cari tshirt nak buat souvenir, tapi yang dekat sini mahal dan design tak berapa menarik. Sobs sobs. Meh tengok makanan yang super sedap kitorang rasa dekat tempat ni.

Everybody must try this! Huwaaa. Sedap sampai nak menangis tempe goreng dia. Teringat ingat wehhh. Patutnya mintak resepi je dari mak cik tu. 

*Harap maap. Part ni cuma gambar makanan tepi jalan je aku capture. Hehe*

4) Pasar Baru - Memang kitorang tak ada ambik gambar langsung dekat sini. Busy sangat pilih kain. Ni la tempat tujuan sebenarnya. Kami ke Bandung untuk persiapan kahwin kak Qila. Dekat sini memang style siap jahit dalam masa sehari dua. Lepas tu orang kedai akan hantarkan ke hotel.

Telekung yang aku belikan untuk Afrah (purple, kiri sekali). Dia nak buat hantaran. Yang tengah tu aku belikan untuk adik aku, Ayuni. Sebab dia suka pink. Tapi last last Ayuni rembat telekung aku. Hmmm...

5) Paris Van Java - Macam mall besar la dekat Bandung tu. Nampak mewah sikit. Kitorang masuk dia punya kedai yang macam Watson/ Guardian tu. Sekali tengok, pencuci muka yang dekat Malaysia RM12, situ jadi RM5 je. Beli la 2 botol. Tu je aku shopping. Haha. Sekian.

Sumber: Google
Inilah Paris van Java nyerrr. Mall je. Hehe.

SEBELUM. Taken by kak indon tu. Entah apa namanya. Masa ni kitorang baru jejak masuk dalam Paris van Java ni.

6) Kartika Sari - Kedai brownies yang super sedap.

Kitorangpergi yang kecil je which is on our way dari hotel ke airport. Boleh google untuk tengok Kartika Sari ni macam mana. Nampak mewah sangat untuk sebuah kedai yang jual brownies.

Awal juga la kitorang pergi, masa tu ada beberapa jenis brownies je available. Lain lain tengah dibakar/ dikukus. Macam macam dijual. Memula ingat nak ambik pisang salai cheese (orang Indon panggil pisang sale keju) dekat sini je. Tapi Pak Ayie cakap, ada tempat lagi fresh dan murah. So kitorang beli brownies je dulu.

You Might Also Like

0 comments